<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d-2063743519848286605', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Mock Interview is actually in my mind posted on Saturday 2 August 2014 { 03:53

Everyone wants the best. But there is only some who try to achieve that best.
They are also trying for the best. Why don't you? 



Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

Minggu Aktiviti Semester 2 akan tiba tak lama lagi~ Dan ini bermakna Mock Interview semakin mendekat. Selamat ditemuduga ya kawan-kawan :)  Ingin dapatkan sebarang tips?

 KLIK SINI

Lama. Lama sangat tak mengunjung. Sudah tak berkunjung, apatah lagi nak menaip. Dan entah kenapa, secara tiba-tiba hati tergerak untuk mengeluarkan lintasan di minda.

6 Syawal 1435 bersamaan 2 Ogos 2014. Hampir setahun tapi belum mencecah, sejak aku tinggalkan rutin menaip.

Cetusan idea hari ni? Nothing.

Bukan ingin mengeluarkan sebarang pendapat, apatah menaip suatu hikayat. Aku ke sini hanya untuk berkongsi pengalaman sepanjang berada dalam zaman Tingkatan 5 ini. Zaman yang mengajar aku erti kematangan walaupun aku belum benar-benar cukup matang.

Seseorang pernah mengatakan, Tingkatan 3 adalah tahun paling seronok kerana banyak hiburan.
Tak dinafikan tapi aku berani mengatakan bahawa tingkatan 5 pula adalah fasa yang lebih menggembirakan.
Tahun ni pasti sentiasa dalam kenangan.
Ini adalah tahun yang lebih menyeronokkan, hakikatnya.
Tahun ini tahun paling banyak cabaran.
Tahun yang mengajar erti kematangan.
Tahun yang menyedarkan siapalah diri aku yang sebenar benar benarnya.

Asyik post, mesti cakap sesuatu yang menyedihkan. Hoho sebab inilah lumrah hidup. Ujian.

Tahun ini aku belajar menjadi seorang senior. Dan rasanya inilah tahun terakhir menjadi 'orang tua' bagi fasa persekolahan. Tidaklah begitu bangga dengan status si-ni-ye tu, sebab...

Besar sebenarnya tanggungjawab seorang senior. Bagi yang benar-benar menyedarinya.

Bukan hanya kepada aku, tapi negara kita juga mengalami perkara yang sama. Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines misalnya, tragedi MH370 dan MH17 menyebabkan kerugian kepada syarikat terbabit sekaligus negara kita sendiri. Statistik pelancongan juga menunjukkan penurunan yang mendadak akibat tragedi terbabit ditambah pula dengan peristiwa penculikan warga asing juga tuntutan terhadap Lahad Datu yang tak tahu apa dah jadi.

Dunia pula, cerita berkenaan Gaza yang menjadi mangsa Israel tak pernah berkesudahan. Itu belum pula tengok negara-negara Islam yang lain yang mengalami nasib sama tetapi ditutup ceritanya oleh pihak media. Moga Allah berikan kekuatan dan kemenangan kepada umat Islam.

"Dia ni muka macam budak-budak tapi kalau bercakap something serious macam seorang kakak." 
Hihi. Poyos.

Tahun ini, banyak sebenarnya peningkatan dalam diri, berdasarkan akademik, sahsiah, sosial. Tapi tak kurang jugak, banyak perkara yang semakin berkurangan dari segi sahsiah, akademik, sosial. Apa keling ayat.... Ok tak cun lah kan kalau semuanya asyik meningkat? Zup, kenalah jugak ada penurunan. Sebab sudah menjadi pola kehidupan, naik dan turun ;]

Hihi yang paling tak boleh nak blah ialah, aku menjadi semakin gatal. Tapi alhamdulillah masih boleh kawal. Masih single not available nih. Kehkeh. Entah benar atau tidak, tapi bagi aku, aku rasakan bahawa tahun peperiksaan besor-besor ni sebenarnya hormon tarikan kepada jantina lain semakin galak. Tidaklah cuba aku mengorat atau apa, tapi ushar banyak sangat. Takut-takut jadi zina mata. Doakan aku, moga dapat kawal tabiat yang satu itu.

Tup tap tup tap, kelip bukak mata, segalanya sebenarnya sangat pantas berlalu. Aku dah menjadi seorang Fatini yang hampir mencecah 17 tahun. Aku sudah menjalani Peperiksaan Pra Percubaan. 3 minggu daripada hari ini, Percubaan akan dilangsungkan. 2 minggu lagi, kami semua akan menjalani Temuduga 'Mock' ataupun Mock Interview.

Aku anggap Mock Interview ni sangat penting. Sebab? Heh, peluang ke luar negara lebih cerah andai dapat bagi pandangan yang baik kepada penemuduga. InsyaAllah doakan aku.

Buat rakan-rakan, selamat menjalani peperiksaan. Semoga mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Jangan cemerlang peperiksaan dunia sahaja, buatlah perkara yang sama terhadap akhirat. Always strive and struggle for the best. SPM is not PMR which you can score even if you hantam. May Allah bless us. Amiin.

Oh ya, tak lupa juga anda sesiapa terpilih untuk PLKN, tanhiah hehe.