<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d-2063743519848286605', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Balutan Kesimpulan posted on Wednesday 31 December 2014 { 06:56

Tidak ditempah hidup sengsara, suratan nasib yang melanda,
Menongkah badai bergelora, diredah bersendirian.
-Segenggam Tabah



Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

Berbulan blog ini tidak kujengah. Bukan sengaja tetapi tersengaja. Terbit ilham kadangkala, tapi tak jatuh dari minda ke jari-jemari. Mungkin tidak diizinkan untuk berkongsi, atau belum masanya yang sesuai untuk diceritakan bersama.

Kupaksa diri untuk menaip, menekan papan kekunci buat terakhir kali bagi tahun 2014 ini. Mudah, ringkas, aku katakan tahun ini tahun bersejarah.

Bersejarah kerana sememangnya mempunyai banyak sejarah. Malahan yang sedang aku lalui sesaat tadi juga adalah suatu sejarah. Tambah bersejarah kerana tahun ini merupakan tahun terakhir aku berada di alam sekolah. Keluar daripada alam persekolahan, mula menjejakkan kaki ke alam dewasa. DEWASA.

Jujur aku katakan, taklah timbul keterujaan dalam hati saat-saat terakhir di tahun ini. Cuma sinonim dengan masyarakat bahawa pertukaran nombor dalam nombor tahun itu merupakan sesuatu yang bermakna. Mungkin aku yang umpama tiada rasa, tidak hayati perubahan itu yang sebenarnya.

"Bagi aku tahun ni tahun SPM, bukan 2014." -@Bbcfatini

Namun tak pula aku nafikan bahawa aku sangat teruja, sedih, gembira apabila terkenangkan saat-saat indah, pahit, manis dan duka yang telah dilalui. Heh kenangan, tipulah kalau tak dapat rasakan perasaan saat mencipta kenangan itu semula kan. Teringat satu-persatu, membuatkan aku tersengih sendirian mengenangkan sikap kebudak-budakan juga saat yang aku lalui dalam proses mematangkan hidup ini.

Tambah-tambah, satu tahun ini kebanyakan waktu dihabiskan di asrama atau senang kata, sekolah.  Bagi aku sekolah sebenarnya tempat yang paling mencabar saat-saat remaja sebab di situlah terpaksa dirasai erti berdikari tanpa suapan ibu bapa sendiri. Baik bagi yang menetap di asrama mahupun tidak. Sememangnya yang tinggal di asrama pasti lebih rasa lah kan tambah pula dengan faktor kawan dan keadaan.

"Maturity is when you are talking about something serious seriously." -Abang

Matang. Subjektif dan sangat susah malahan memang tak boleh nak diukur. Tapi aku percaya, dalam diri setiap daripada kita ini sudah tentu ada terselit walau sedikit kematangan dalam diri. Hidup ni, nak jadi kebudak-budakan sangat pun tak boleh. Nak terlalu serius sangat lagilah tak boleh. Tambah-tambah kepada insan di sini lah *tunjuk diri sendiri*

Tapi walau macam mana pun yang kita rasai, semuanya akhirnya bergantung kepada diri sendiri untuk memperbaiki akhlak dan hati. Hang duduk lah dalam tahun apa pun tapi kalau takdak rasa nak berubah ka, nak alami suatu cabaran ka, asyik nak salahkan orang lain ja, tak reti nak tuding diri muhasabah balik, maka semuanya tiada guna.

"Aku tak pernah ada azam sebenaqnya. So tahun ni azam aku adalah untuk ada azam. Omg dah tercapai." -MatLuthfi

Selamat bergerak ke tahun baru.
Selamat meningkat umur satu tahun ke hadapan.