<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d-2063743519848286605', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Drama : Tak Semua Sia-sia posted on Saturday 31 January 2015 { 05:42

"Maaflah, aku tak cukup masa nak siapkan semua ni."
"Tak cukup masa tak mampu diterima sebagai alasan sebab semua orang dikurniakan 24 jam setiap hari."

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh. Untuk pengetahuan semua yang tak tahu dan sudah tahu, aku merupakan lepasan SPM jyeahh. Ok hambarnya pendahuluan. Bukannya apa, saja nak kaitkan dengan soalan popular masyarakat kita terhadap orang yang berumur 18 tahun semasa menunggu keputusan keluar ni. Soalan apa? Eleh buat-buat tak tahu pulak.

"Bila nak kahwin?"

Haa mesti ada kan. Elelelelele, malu-malu pulak. Kalau takde tu maknanya belum ada aura keibuan dan kebapaan lah tuuuuuu. Hahaha ok stop. Takdelah, aku pun takde jugak orang tanya. Ehh

"Buat apa sekarang kat rumah? Kerja ke?"

Haa mesti ada kan. Soalan ni biasanya ditanyakan oleh rakan-rakan serta jiran-jiran juga orang-orang yang berdekatan mahupun yang tinggal berjauhan. Kalau ada senarai soalan yang meletop, aku yakin ayat itu dapat nombor satu.

Kalau ditanya kepada aku, jawapan yang selalunya keluar ialah makan tidur. Kepada kawan-kawan rapat, biasanya aku katakan mereputtttt di rumah. Tak pun aku jawab, takde buat apa.

Entahlah, aku sendiri tak pasti sama ada itu jawapan menipu atau jawapan kerana aku rasa segala yang aku lakukan tak perlu diberitahu. Senang kata, jawapan ringkas. Hakikatnya, banyak juga perkara yang dapat aku laksanakan sepanjang tempoh menunggu keputusan. Dalam waktu ni, paling banyak yang selalu aku kerjakan ialah muat turun dan tonton drama. Sungguh, ini memang tak tipu. Mungkin sebab ini adalah impian aku daripada sebelum SPM. Boleh juga dikatakan janji buat diri sendiri.

"Cewahh sebelum SPM bukan main rancang macam-macam, 
tengoklah lepas SPM nanti asyik makan tidur aje."

Mungkin disebabkan aku takmau kata-kata itu menjadi realiti maka aku perlahan-lahan mula melaksanakan segala impian dan rancangan. Terkadang memang ada juga rasa membazir masa kerana masih banyak perkara berfaedah sepatutnya boleh terlaksana. Tapi siapa kata sebenarnya tengok drama semuanya hanya membuang masa?

Semakin lama, semakin banyak yang ditonton. Pada awalnya kebanyakan filem yang aku tengok berunsur alam persekolahan juga romantis. Biasalah, remaja. Tambah-tambah minat aku lebih cenderung kepada kehidupan di zaman sekolah. Atas cadangan beberapa orang, aku mula melihat drama yang mempunyai pendedahan tentang kerjaya yang mereka ceburi. Kemudian sedikit-demi sedikit aku cuba melihat unsur-unsur misteri juga psikologi. Daripada beberapa genre yang aku tonton, sedikit sebanyak aku mengenali minat sendiri terhadap unsur-unsur dalam drama.

Muhasabah sendiri, aku berfikir tentang diri ini. Suka melihat drama atau dengan kata lain aku sebenarnya melihat kehidupan orang lain meskipun semua itu hanyalah satu lakonan dan kepura-puraan. Mula menyedari bahawa manusia sememangnya begini. Bercakap tentang orang lain tanpa cermin diri sendiri. Melihat orang lain tanpa memandang diri sendiri. Kemudian, membanding-banding itu dan ini. Sama seperti apabila tengok sesuatu cerita, terdapat segelintir insan yang ingin hadapi pengalaman seperti watak filem yang ditontoni.

Suka melihat drama. Senang kata, suka melihat kehidupan manusia. Tak salah sebenarnya kerana kerana kebanyakan bahagian cerita terkadang diinspirasi oleh kehidupan di alam nyata. Juga melihat drama mampu mengajar manusia lebih matang dan mampu membuat sesuatu jika melalui pengalaman yang sama.

Seperti cerita yang keluar daripada mulut penglipurlara, drama juga adalah perkara yang samanya. Cuma perbezaannya adalah terdapat gambaran bergerak yang ditayangkan tanpa memerlukan pendengar untuk berimaginasi membayangkan aksi.

Drama apa yang aku tonton? Jujur aku katakan, aku lebih melayan drama Korea dan Jepun. Bukannya tidak menyokong industri tempatan, aku sebenarnya mempunyai keinginan untuk menonton lakonan artis tanah air namun genre yang dikeluarkan oleh kebanyakan filem kini berunsur cinta dan romantis semata. Malahan terdapat aksi-aksi lucah yang tak sepatutnya menjadi lakonan selebriti Islam.

Sungguh sememangnya filem luar lebih banyak melakonkan gaya yang lebih menjijikkan. Sungguh, memang tak dinafikan tapi itu boleh dikatakan sebagai lumrah kehidupan harian mereka yang bukan menjadi adat orang Islam kita. Juga, terserah kepada para penonton sama ada untuk menonton ataupun tidak sebenarnya. Kalau hang dah tau hat drama tu ada part-part tak elok, awat yang dok ushar lagi. Skip aje la dak pun takyah tengok langsung. Tidak mengeji atau menghina kerana aku hanya seorang manusia biasa yang juga mempunyai hak untuk mengeluarkan pendapat dan suara.

Nak tengok cerita, jangan tengok hanya dengan mata, tapi juga akal perlu diguna. Bukan hanya suka akan bahagian manis saja, tapi tahu sedih pabila tonton aksi duka, pandai gelak melihat scene yang patut diketawa, juga minda turut bergerak menilai dan meneka. Dah habis cerita, fikirlah nilai yang dilihat oleh mata sebab zaman kini tiada konklusi pada penghabisan sesuatu drama. Senang kata, menghayati cerita.

Hahahaha melihat kembali kata-kata yang kutaip, menyedari seriusnya aku sebagai penonton. Jujur kukata bahawa aku bukanlah seorang yang bijaksana tapi itu semua kata-kata daripada minda juga perkongsian dan tinta. Mungkin nampak seperti bermain dengan lautan kata, tapi itulah perkara yang sudah, sedang dan cuba dilaksana.

Terlalu banyak ulas tentang drama, sedikit cadangan tentang aktiviti yang boleh dilakukan buat yang masih merangka rancangan. Utamanya buat lepasan yang beragama Islam, waktu ni lah nak baca dan telaah pedoman kita puas-puas, al-Quran. Kebanyakan insan ceritakan bahawa dah masuk universiti nanti kadang sampai tak sempat urus masa nak cari masa untuk baca. Sambil baca buat masa ni, sambil doa dalam hati moga Allah kurniakan waktu lapang meskipun dah sambung pelajaran suatu hari nanti.

Melancong. Buat yang berkemampuan, pergilah menjelajah sementara masa sedang kosong. Tak ke luar negara, Malaysia pun banyak tempat yang boleh dilawati. Menjelajah. Heh tak bermaksud menjelajah tempat tapi jelajahi maklumat. Google yang boleh melihat seantero dunia kan ada. Jelajah juga tentang biasiswa. Baca buku. Terutamanya buat si ulat-ulat yang mempunyai banyak kitab-kitab simpanan. Tak kiralah apa-apa genre sekalipun, jangan pernah berhenti membaca. Baca segala jenis bacaan. Memasak buat mengisi kekosongan. Siapa tahu boleh jadi chef. Tak di restoran, di rumah pun okey. Belajar kereta. Dapat lesen nanti, pi jadi pemandu. Bawak diri bersiar-siar ke sini sana.

Moga dilapangkan masa daripada kebosanan dan disibukkan dengan perkara menyeronokkan.