<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d-2063743519848286605', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Rant on Langkah Tercipta posted on Friday 2 January 2015 { 07:41


Semalam aku kelukaan, kecewa kehampaan mencalar ketabahan,
Mimpi yang sering kuharapkan menjadi kenyataan namun tak kesampaian,

Siapa sangka, sekali lagi air mata menitis rebah. Deras. Mampu membuatkan aku teresak-esak seketika. Dah lama rasanya aku tak menangis sebegitu. Menangis kerana memendam perasaan. Terlepas segala rasa yang terbuku di hati. Lepas semuanya membasahi bantal yang selama ini menjadi peneman mimpi.

Terakhir kali air mata bercucuran, sewaktu beberapa hari sebelum tamatnya sesi persekolahan. Menurut rujukan, hari itu bertarikh 21 November 2014. Hari itu, umi dan abah datang untuk melawat. Buat kali terakhir kami peknek makang makang di maktab terchenta. Tanpa disangka-sangka, hari itu hati menjadi sangat sayu melihat kereta mereka berlalu pergi.

I still remember, (maaf Cikgu Sharina, kali ini nak buat entri campur Melayu Inggeris) betapa sakitnya rasa waktu itu memendam rindu. Mungkin sebab tiap-tiap minggu asyik sahaja bertanyakan soalan, "Umi bila nak datang?" Sebenarnya aku rasa aku pendam rasa sakit, rasa sedih, rasa segala rasa yang tak mampu diungkap kerana bulan itu banyak menduga aku. Tambah-tambah, bulan itu adalah bulan peperiksaan. Semua orang sensitif, aku tak terkecuali.

And I can never forget how am I after they left. How terrible am I until I shocked most of my friends at our dormitory by my sob.

I miss the way Atiqah comforting me during my hardest time.
No, I miss her actually.
I miss the way she is.

Ok ranting on the lyrics, today MARA announced the candidates who have been selected to get their Pinjaman Pelajaran. I know I won't be chosen since before, during the announcement about those who were selected to go to the interview. And I am one of them who is not lucky enough to get selected.

Memendam perasaan, tipulah kalau aku katakan bahawa sedikit pun tak terkesima dengan keputusan yang dikeluarkan. Tipu kalau aku kata aku tak kisah. Aku kisah sebenarnya. Aku kisah. Sangat kisah. Sebab adalah menjadi suatu impian untuk mendapat biasiswa yang ditawarkan itu. Tapi waktu itu, aku abaikan perasaan tersebut. Di bibir aku hanya mampu katakan pada umi dan abah, "Abah, Umi, Tini tak terpilih untuk interview. Tini tak dapatlah tawaran itu. Takpe, adalah tu hikmah-Nya. Tini tak kisah pun kalau tak dapat." Kisah. Abah, Umi, Tini sangat kisah sebenarnya. To avoid both of you being worry, I act like I am not.

Mulut mampu lah nak menipu. Aku pun manusia biasa jugak. Aku tak mampu nak menipu hati. Hati aku kenal diri lebih daripada aku kenal diri sendiri. Ego tinggi mana pun menafi, tetap apa-apa yang tersirat diketahui hati. 

Alhamdulillah lawatan ke Korea sedikit sebanyak mengubat hati aku. Daripada sana aku sedar, mungkin kalau aku dapat tawaran itu, maka aku akan terlepas peluang melancong ke sana. Tambah-tambah disebabkan Aliah dan Irine, dua orang yang menolak untuk hadiri temuduga katakan diorang taknak lepaskan RM4000++ yang dah dibayar.

Pendam punya pendam, aku kata pada diri, takpe masih ada peluang lagi. Lepas SPM masih banyak yang menanti.

Allah, ingin kuhentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk kubertahan
Semangat tenggelam
Lemah daya
Haruskah aku mengalah

Hari ini, 2 Januari, setelah beberapa hari saat yang mendukakan aku berlalu, keputusan senarai yang terpilih bagi program itu dikeluarkan. Entah kenapa, hati ini rasa gedik juga nak tengok walau kutahu, aku memang takkan terpilih. Berhenti menyibuk, Fatini.

"Harap maaf, permohonan anda tidak dapat dipertimbangkan."

DUMMM!!! Mungkin disebabkan waktu itu aku mengharapkan keajaiban berlaku, aku impikan keluar perkataan TAHNIAH daripada laman web itu. I hope miracle happens. Still hoping. Even now. Duhh how pathethic.

Tumpang gembira melihat rakan-rakan wassap wassap, kemaskini laman sosial mereka tentang perkembangan yang mereka hadapi. Tangan tak mampu bergerak untuk mengucapkan tahniah. Pada saat itu aku sedar, aku sebenarnya turut cemburu. Cuma aku mohon, moga Allah hindari dengki daripada bersarang dalam hati.

Tonton drama Korea, maraton lah ni kiranya, tapi minda tetap pada perkara tadi. Mata sekejap-sekejap pandang telefon, melihat kemaskini rakan-rakan. Senang kata, my heart sank. Sank deeper than the deepest limit.

I tend to pretend to be strong though inside me is hurting a lot. But pretending to be strong is the hardest actually. It hurts me even more.

Pendamlah perasaan macamana pun, namun apabila kau sujud sambil hati berserah kepada ilahi, air mata mengalir jua. Sedar pada waktu itu bahawa kekuatan yang sedang kaupamerkan adalah suatu kepura-puraan. Allah Maha Mengetahui. Dia tahu kau tengah rasa sakit. Menangis lah. Menangis sepuas-puasnya.

Kepuasan yang dapat kaurasa setelah menangis waktu sujud ni lain macam sebenarnya.

Mood masih lagi rasa down, aku membuat keputusan untuk berbaring. Baring melayani perasaan. Lantas adik yang fikir bahawa aku sedang demam bergegas mencari ByeBye Fever lol. "Kak Tini tak demam." Kataku sambil menyembunyikan muka. Sembunyikan air mata yang sedang bergenang.

Pecah. Air mata tak mampu dibendung. Entah waktu bila, esakan keluar. Aku sendiri tak pasti kenapa, tapi saat itu aku sedar, aku tahu rasa yang aku pendam waktu act cool haritu terlepas. Keluar mengalir bersama air mata. Jatuh semuanya membasahi bantal. Esakan yang tak mampu tertahan. Mujur tiada sesiapa perasan.

Kuat pendam perasaan. Aku tak suka famili aku nampak aku menangis. Bukan famili sahaja, tapi juga orang lain. Walau aku tahu, orang yang menangis ni sebenarnya hatinya lembut. Menangis kerana perkara yang sepatutnya ditangisilah, bukannya yang dirasakan jengkel bila orang tahu alasan tangisan itu.

Namun jiwa kuberbisik inilah dugaan.

Istighfar. Alhamdulillah waktu itu Allah masih campakkan ingatan kepada-Nya. Tanpa kusedar aku mula beristighfar. Sedikit-sedikit hati kembali tenang. Air mata mampu diseka. Tarik nafas. Aku mengarang ayat buat diri sendiri.

"You are lucky. You deserves better. Does not being selected doesn't mean you ain't lucky. Because after all if u're chosen, it may harm yourself. You aren't strong enough to survive the programme. No, you are actually strong. You're strong enough to go through this rejection. Thus you should be praising. Everything happens with reasons. Allah planned something better. He knows the best."

Ya Allah, aku mohon. Titipkanlah sifat reda dalam hati atas segala ketentuan-Mu. Aamiin.
 p/s : Dark Yellow Italic words - Langkah Tercipta by UNIC