<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d-2063743519848286605', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Hijrah Lagi posted on Wednesday 27 May 2015 { 09:28

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.


"Kita ingat apa yang kita pilih adalah yang terbaik. Tapi sebenarnya apa yang Allah bagi itu yang paling baik." -ingatan daripada seorang rakan. Tq.

Bertemu kita lagi di segmen Jom Kongsi yada yada yeayyy~

Baiklah setelah berbulan lamanya telah kutinggal laman blog ini, akhirnya aku selak kembali untuk menaip entri. cewah bajet orang kisah je kan? Haha tak kisahlah apa-apa sekalipun, Yang aku tahu, malam ni aku nak kembali menaip.

Apa khabar pembaca????? *halakan maik (mic) ke arah pembaca*
Baik??? Alhamdulillah...

No expectation.
No frustration.

Harini cuma nak update beberapa sahaja tentang diri ini hihihi. Ok.

Baiklah, first of all, uolssss i have got a confirmation to enter UNIMAS which is Universiti Malaysia Sarawak. Alhamdulillah tercapai jua setakat ini impian nak masuk ke situ. Mungkin setelah sekian lama aku bermimpi untuk menjejaki Bumi Kenyalang. Setelah melawan hati pada dua tahun lepas saat mendapat khabar di asrama bahawa famili semuanya ke Brunei untuk bercuti. Setelah asyik teringin untuk mengetahui budaya sana, akhirnya hajat untuk melangkah atas tanah negara sendiri yang terletak di seberang Selat Melaka kian setapak untuk dikecapi.

InsyaAllah jika tiada aral melintang, 2 Jun ini akan kupergi. Program yang bakal dilalui ialah Program Asasi Sains Hayat yakni pembelajaran penyediaan pelajar ke peringkat ijazah pertama yang lebih bertumpukan kepada pembelajaran kehidupan ataupun subjek Biologi. Manakala Asasi Sains Fizikal lebih kepada pembelajaran teknikal dalam subjek Fizik.

Pejam celik pejam celik rupa-rupanya dah hampir 18 tahun aku hidup di dunia. Alhamdulillah. Abah umi kata, rasanya baru semalam semua berlari depan mata. Sekarang pakat nak pergi semuanya :')

"If it's meant to be, it will be."

Mungkin, ada hikmah. Daripada Selangor ke Kedah. Kedah ke Perak. Perak ke Sarawak.
Aku percaya, segala takdir yang Allah tentukan, ada hikmah-Nya yang tersendiri. Moga penghijrahan ini dapat membentuk Fatini yang lebih bererti kepada agama, bangsa dan negara juga buat diri sendiri.

Dah lama rupanya aku hidup. Kian hari, ajal mendekati. Syukur, setakat malam ini, aku masih bernafas atas muka bumi. Semakin hari, Allah benarkan aku pelajari erti hidup. Dia bagi peluang sehingga kini untuk mencari jalan ilahi.

InsyaAllah, andai ada peluang, dapat kutaip di laman ini lagi. Andai hati menyuruh, mungkin blog ini akan berganti. Assalamualaikum. Doakan aku ya semua.

Setelah sekian lama berhenti. Hari ini kembali. Namun cuma penulisan tentang diri sendiri. Moga entri selepas ini lebih bererti.